Tuesday 8 February 2011

Pemasangan Di Perak


Tarikh Pemasangan : 5/2/2011
Tempat Pemasangan : Tanah Perkuburan Sungai Rubana, Perak
Jenis Binaan Kubur : Tile Ayat Hijau
Jenis Batu nisan : Granite Hijau

Persekitaran tanah perkuburan di Sungai Rubana, Perak

Kerja-kerja binaan kubur bermula
Pembinaan tapak

Menampal tile ayat di tingkat yang pertama

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana telah memurahkan rezeki kepada kami. Akhirnya pihak kami telah berjaya menyiapkan tempahan dan pemasangan binaan kubur tile ayat di Tanah Perkuburan Sungai Rubana, Perak.
Terima Kasih buat Encik Ariff dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami memasang kubur arwah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah Mohd Noor. Al-fatihah.

Friday 24 December 2010

Kedai roboh


Semalam berlakunya angin kencang telah menyebabkan sebahagian daripada bumbung kedai roboh. Ini mengakibatkan ada beberapa batu nisan telah patah. Akibat daripada musibah ini, operasi kedai terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembaikkan dilakukan. Walaubagaimanapun sebarang tempahan atau pertanyaan masih boleh dijalankan dengan menghubungi KAMAL di talian 0125431820.

Friday 12 November 2010

Set Pusara Terazo Berwarna


Hari ini kedai kepok dan nisan Pusara Abadi Enterprise ingin memperkenalkan keluaran terbaru set batu nisan terazo berwarna. Seperti yang kita sedia maklum, kita biasa terjumpa dengan batu nisan terazo berwarna putih tetapi kita mungkin jarang atau langsung tidak pernah menemui batu nisan yang pelbagai warna. Atas dasar itu, kedai kami ingin memperkenalkan batu nisan terazo berwarna. Batu nisan terazo berwarna ini, dibuat di premis perniagaan kami di hubungi kami.

Harga: RM 320
Size: Lelaki/Perempuan Dewasa
Warna: Merah, hijau

Pihak tuan/puan juga boleh menempah set batu nisan selain daripada warna hijau dan merah. Dari semasa ke semasa pihak kami akan meng'upload' batu nisan dan kepok berwarna keluaran kedai kami. 

Saturday 31 July 2010